Mengenai Saya
Arkib Blog
Ahad, 14 September 2014
ORANG KATA YANG BELAJAR DI IKBN NI BUDAK YANG LEMAH. BETUL KE?
Salam 1 Belia 1 Malaysia.
Melihat pada tajuk post kali ni mungkin boleh menaikkan suhu darah budak-budak IKBN kan? Bukan di Penawar je..tp semua IKBN kt dunia ni! Orang slalu cakap masuk IKBN ni adalah pilihan terakhir lepas tak dapat nak sambung belajar kat mana-mana universiti, kolej dan institut yang ada. So, nak mengelak dari kene ejek..kene cemuh kt kampung..msuk jgk la ke IKBN. So, nnti bila org kampung tanya.. Mat, ko buat ape skng ni lepas SPM? Jawapnnye..Sambung belajar la.
Ok, kita singkap sekejap sejarah beberapa puluh tahun dahulu masa mula-mula IKBN nak ditubuhkan. Tujuan penubuhan IKBN ni ada banyak yang telah digariskan. Salah satu darinya adalah nak memberi kemahiran kepada belia-belia yang tercicir dari melanjutkan pengajian ke mana-mana selain IKBN. In fact, tujuan sebenarnya tu adalah nak mengelakkan negara kita ni dipenuhi oleh belia-belia yang menjalankan aktiviti yang tak berfaedah contohnya; melepak, merempit dan sebagainya la. So, bila mereka yang tercicir ni sudah berada di dalam IKBN maka secara otomatik nya tak ada la yang melepak..sebab IKBN dah sediakan asrama. So, alang-alang mereka semua dah ada dalam IKBN, maka kerajaan pon berusaha untuk mengubah mereka semua menjadi lebih baik bukan sahaja dari segi kemahiran tapi dari segi akhlak juga. Sebab itu la dalam banyak-banyak institut kemahiran yang ada di Malaysia ni, cuma IKBN je yang ada modul-modul bina insan seperti kepimpinan, kawad, agama dan sebagainya.
Ok, berbalik pada isu yang nak kita sama-sama bincangkan disini. Isunya adalah budak yang belajar kt IKBN adalah budak yang lemah. Betul atau tidak?
Orang boleh cakap je kan? Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Tapi pedih jugak la telinga kalau selalu sangat dengar. Memang susah nak mengubah persepsi orang sekeliling. Tapi kita tetap kena ubah. Sebab kalau bukan kita yang ubah, siapa lagi nak ubah? Dari dulu orang cakap siapa-siapa masuk IKBN mesti budak lemah! Sampai bila kita nak biar orang cakap macamtu. Biar orang cakap siapa-siapa masuk IKBN ni lemah, tapi keluar sebagai insan yang kuat! Paling hebat! Boleh buat apa sahaja orang hebat boleh buat dan boleh juga buat apa yang orang hebat tak boleh buat!
Kita tak mampu nak mengubah sejarah. Apa yang dah berlaku dalam hidup kita memang tak boleh nak di ubah. Paling-paling tak pon hanya boleh meminta maaf. Tapi kalau kesalahan itu dilakukan oleh kita kepada diri kita sendri, bukan satu benda yang mudah untuk dimaafkan. Kita mudah untuk memaafkan orang lain. Tapi kita sangat payah untuk memaafkan diri kita sendiri. Jadi, benda yang boleh kita lakukan supaya kesalahan masa lalu dapat dimaafkan adalah berjanji pada diri yang kita akan memberikan penghargaan yang pada diri kita ini pada masa hadapan. Bermula dari hari pertama kita sedar bertapa bodohnya kita pada masa lalu. Kita mulakan dengan satu azam yang baru. Azam yang mampu untuk dicapai untuk memaafkan diri kita yang telah kita siakan pada masa dahulu. Kalau umur sekarang baru 19 tahun, Alhamdulillah kita sedar awal. Kalau dah menjangkau umur 30 juga masih belum terlewat untuk mencari kemaafan bagi diri sendiri. Biar lewat daripada tiada langsung.
Hari ini kita di IKBN bukan untuk penuhi kehendak mak bapak, bukan sebab nak dapat elaun tiap-tiap bulan. Tapi hari ini kita di IKBN adalah untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk memaafkan kesalahan yang lalu dengan berjanji akan memberi yang terbaik agar diri ini mampu untuk menerima yang terbaik. Percaya pada apa yang kita lakukan.
Kalau semua pelajar IKBN boleh memberikan komitmen yang sepatutnya di tuntut, satu hari nnti akan ramai yang lebih berjaya di kalangan pelajar-pelajar IKBN. Dan pada masa itu lah kita mampu untuk mengubah persepsi masyarakat yang IKBN bukan lagi tempat orang-orang lemah!!
Ahad, 7 September 2014
PERCINTAAN BUDAK IKBN.. MENARIK
Ok.. Aku rasa macam menarik lah topik kali ni.Atau aku sorang je rasa macam tu? Hm, tak apa lah. Aku tak kisah pun. Tapi memang menjadi lumrah sebenarnya dalam satu institut tu tak kira dimana pun mesti akan berlaku benda-benda macam ni.Bercinta. Aku baru lagi dalam IKBN ni. So, tak tahu sangat pasal bercinta di IKBN yang boleh terus bercinta sehingga ke jinjang pelamin. Aku tak pasti samada ada atau tidak.
Apa yang nak aku kongsikan dalam post kali ni lebih kepada pasangan romantis IKBN yang berpacaran tak kira di dalam institut mahupun di luar. Macam-macam perangai yang boleh kita tengok. Bercinta itu ok. Boleh jadi macam-macam. Ada orang bercinta sebab nak cari inspirasi, motivasi, menghilangkan kesunyian, melengkapkan hidup dan macam-macam lagi lah sebabnya.
Dah banyak cerita percintaan yang sudah aku saksikan di dalam IKBN ni. Ada yang menarik, ada yang kelakar dan ada juga yang tragiis.
Apa yang menarik? Aku pernah saksikan percintaan yang matang antara satu sama lain antara pelajar. Memang menjadi inspirasi malah bukan sahaja pada pasangan tersebut. Malah pada sesiapa sahaja yang menyaksikannya. Yang wanita belajar hiasan dalaman. Satu gabungan menarik bukan? Heheheee... Ya, satu percintaan yang matang yang mereka tunjukkan. Tapi, cerita kalau tentang kematangan memang kurang menarik kalau nak diceritakan. Betul tak?
Jadi aku tukar pada topik percintaan yang lagi satu ni. Percintaan yang kelakar antara pelajar IKBN. Bila kita bercakap pasal ketidakmatangan percintaan. Biasanya yang tak matang tu mesti lelaki kn? Yup, mmg betul pun! Yang lelaki ni jurusan sukan manakala yang wanita pula multimedia. Macamana dengan gabungan ini? Ok ke tak? Ok la kan. Apa yang tak matangnya? Ok, macamni... Kenal baru seminggu dua..terus bercinta. Dalam tempoh tak sampai setahun..3 kali clash! Macamana tu? Clash sebab apa? Ok korang nilai sendiri k... Biasanya yang menyebabkan mereka bergaduh.. lambat balas sms. Kemudian, yang menyebabkan mereka putus..bila wanita puji lelaki lain hensem! Siapa lelaki yang dia puji tu? Izzue Islam! Dah mmg Izzue Islam tu hensem...yang si pakwe dia nak jelous tu kenapa? Makwe dia ckp Izzue Islam hensem pn tak terjejas la kehenseman awak tu pakwe oi. Itu kali pertama clash..pastu rujuk blek! hehehe... Tak lama...2 bulan, putus balik! Sebabnya hampir sama. Tapi lebih dashat lg! Kali ni yang pakwe nya stalker fb si makwe.. dlm fb tu makwe puji seorang laki tu hensem! Cerita hampir sama bukan? Tapi nak tau siapa yang dia puji tu? Penyanyi K-Pop! Itu pun nak jelous ke? Hadoi...
Ok la..aku tak banyak masa ni. Ada hal yang lebih penting nak kena settlekan. Tapi tu la..nak bercinta ni bukan tak boleh. Kena ada sempadannya. Ada satu pasangan ni yang berasal dari IKBN dah berkahwin pun. Dah ada anak dah pun. Tp itu bukan antara pelajar dengan pelajar. Itu antara pengajar dengan pelajar. Pengajar dengan pengajar pun ada. Aku dah tengok. Cuma antara pelajar dengan pelajar aku blum jumpa lagi. Mungkin ada. Cuma aku tak tau.
Bercinta tu boleh. Kena ada prinsipnya. Kalau tak ada. Itu bukan manusia yang bercinta..itu syaitan! Pernah dengar pelajar wanita kena rogol bergilir-gilir? Pelajar wanita hantar gambar tak senonoh pada pasangan yang duduk di banggunan asrama bersebelahan? Kemudian gambar tu dijadikan modal untuk mengugut wanita tersebut untuk menyerahkan badan pada lelaki itu. Atas dasar apa pada mulanya? Atas dasar cinta!
Dik, cinta itu sesuatu nikmat yang di beri. Bersyukur lah sebab kita dicintai oleh orang yang kita cintai. Pelihara cinta yang ada dengan baik..sebaiknya. Cinta jadikan sebagai modal untuk kita berjaya. Cinta dijadikan sebagai satu sumber inspirasi supaya kita lebih kuat berusaha. Peliharalah kehormatan. Kehormatan yang hilang tak dapat diganti dik... Pakwe makwe hilang boleh diganti. Jika ada cinta dalam hati, bersyukurlah sbb diberi peluang untuk merasai nikmat percintaan. Suburkan cinta dengan perkara-perkara yang baik. Jangan senang-senang serahkan mahkota yang ibubapa pelihara dari baru lahir hingga dewasa pada lelaki yang hanya mahukan nikmat dunia. Berfikir panjang dahulu sebelum mengambil tindakan. Jangan terburu-buru. Masih banyak masa..adik masih muda.
Baik lelaki atau wanita. Ingatlah, cinta itu adalah nikmat. Nikmat yang Allah beri kepada kita. Nikmat boleh jadi dugaan atau ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang. Yang pentingnya, jagalah diri. Jauhi perkara-perkara maksiat atau perkara yang menjerumus kepada maksiat.
Ketahuilah dibahu kita ni ada tanggungan yang besar yang diserahkan kepada kita. Harapan ibubapa, harapan negara, harapan agama dan harapan masa hadapan kita sendiri. Beringat lah........
RUTIN KEHIDUPAN DI IKBN
Assalamualaikum.
Kali ini,saya nak bercerita pula pasal kehidupan seharian pelajar di IKBN. So,maklumat ini mungkin berguna untuk sesiapa yang rasa ingin tahu tentang kehidupan di IKBN sebelum mereka masuk ke mana-mana IKBN yang mereka suka. Kira ini macam nak survey lah samada boleh masuk dengan jiwa korang ke tak. Takut karang tak tahu cara kehidupan dekat IKBN ini main masuk saja. Lepas seminggu minta berhenti sebab tak tahan ke boring ke tak best ke tau best sangat ke kan. Mana lah tau.
Ok, kita mulakan kehidupan harian kita di IKBN ya. Semua pelajar IKBN diwajibkan untuk menunaikan solat berjemaah bagi waktu subuh, Magrib dan Isyak di surau. Yang lagi dua waktu itu, Zohor dan Asar tidak diwajibkan bukan bermakna tak boleh buat ya. Peraturan ini hanya untuk pelajar yang beragama islam sahaja.
Jadi, jadual mereka akan bermula seawall 5.30 pagi. Mereka akan dikejutkan untuk bersiap sedia, mandi, berwuduk dan seterusnya ke surau. Giliran yang menjadi bilal dan imam juga ditentukan. Jadi, yang lelaki akan silih berganti menjadi imam dan bilal. Ibubapa kalau baca ini mesti suka. Tapi anak-anak kita macamana pula ?
Lepas selesai solat subuh di surau, semua pelajar akan ke dewan makan untuk bersarapan pagi. Selepas sarapan pagi terus bersiap untuk ke bengkel masing-masing.
Sebelum ke bengkel, satu perhimpunan pagi akan dijalankan iaitu pada jam 7.30 pagi yang dikelolakan oleh peg, kesatria. Yang ini tak boleh lambat, kalau lambat kena lah denda. Lepas buat squad check, nyanyi lagu kebangsaan. Mereka pun berlalulah ke bengkel masing-masing dengan perasaan yang bercampur-campur. Kenapa? Sebab ada yang kena denda itu. Perasaan dendam,benci, marah semua ada. Tapi untuk yang kena puji sebab barisan kemas, berdisiplin akan berlalu dengan sejambak senyuman di hati dan bibir.
Ok, lepas itu mereka pun menjalankan latihan kemahiran di bengkel masing-masing. Pukul 10.00 pagi akan berehat untuk minum pagi pula. Ada yang ke dewan makan ada juga yang menjamu selera di kafeterian sahaja. 10.30 pagi akan bermula semula sehingga jam 12.30 tengahari. Kemudian mereka berehat semula selama satu jam setengah sehingga pukul 2 petang. So, dalam tempoh rehat tersebut, tidur kalau sempat, solat zohor dan bersedia untuk ke kelas semula.
Ok, bermula lah waktu yang mencabar bagi pengajar-pengajar. Kenapa? Sebab kelas petang ini lah yang menyebabkan pengajar naik angina pasal pelajar sengaja datang lewat dengan alasan yang menyakitkan hati. Tertidur, solat lama sangat, basuh baju dan macam-macam lagi. Lepas denda semua, kelas pun bermula bagi sesi petang sehingga jam 5 petang.
Pada waktu petang pula, pelajar biasanya menjalankan aktiviti sendiri dan biasanya aktiviti mereka adalah beriadah termasuklah pengajar-pengajar juga. Ada yang bermain sukan, ada yang berjogging, ada yang berjalan sahaja dan macam-macam lagi. Tapi bagi sesetengah IKBN ada yang menjalankan latihan sukan untuk menghadapi kejohanan sukan IKBN semalaysia yang dijalankan setiap tahun.
Selesai aktiviti petang, mereka makan di dewan makan dan seterusnya bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat Magrib berjemaah pula. Biasanya akan ada sahaja pelajar yang kena denda sebab lewat dan tak hadir. Aktiviti surau akan dipantau oleh warden dan ustaz yang bertugas. Aktiviti disurau akan terus berjalan sehingga waktu Isyak.
Selepas selesai sahaja solat Isyak, mereka sekali lagi akan ke dewan makan untuk menjamu selera minum malam. Dan selepas itu, pelajar akan melakukan aktiviti sendiri sampailah jam 11 malam. Tepat jam 11 malam semua pelajar mesti sudah berada di dalam bilik masing-masing dan dalam keadaan senyap.
Warden akan melakukan pemeriksaan di asrama bagi memastikan keadaan terkawal. Begitulah sehari kehidupan pelajar di IKBN. Itu rutin biasa. Belum masuk spot check atau apa-apa yang difikirkan perlu dilakukan.
Macamana? Agak-agak seronok tak hidup dalam IKBN ini? Fikirkanlah sendiri ya. Ada sebab benda yang dilakukan itu.
Bak kata orang, nak belajar dekat mana-mana pun boleh belajar, pokok pamgkalnya hati kita nak belajar atau tak?
Langgan:
Catatan (Atom)